Tuesday, October 9, 2012

Wanita Mendirikan Solat Di Rumah

Bismillahirahmannirahim...

Assalamualaikum ya Ummat Nabi Muhammad s.a.w

Mendirikan solat di dalam RUMAH

*Ini hanyalah untuk wanita sahaja ye.
* Lelaki , tempat solat anda adalah di mana azan dilaungkan. Di Masjid ataupun Surau
* Bagi lelaki bawalah rahmat di masjid kerumah-rumah anda supaya rumah anda dipenuhi rahmat ALLAH
(TunaikanlahTanggungjawab sebagai insan bernama lelaki dan ummat Nabi s.a.w)


######################################################

Agak menjadi kebiasaan wanita ingin pergi ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah bersama-sama lelaki. Kerana mind set menyatakan solat di masjid akan memberi pahala berlipat kali ganda. Ya, betul tu dan tidak salah. Namun, wahai wanita sekalian, itu hanyalah untuk lelaki sahaja. Tempat wanita solat sebaik-baiknya adalah di bilik-biliknya/rumah/di penjuru rumah/dan tersembunyi.

Mari baca sama - sama hadith ini

"Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., dari Nabi s.a.w., " Solatnya seorang wanita di kamarnya lebih baik daripada di rumahnya, dan solatnya wanita di rumahnya lebih baik daripada perkarangan rumahnya." (Hr. Abu Dawud)

Dari Ummu Salamah r.a., Nabi s.a.w. bersabda " Sebaik-baik masjid bagi wanita ialah kamar-kamar yang paling dalam di rumah-rumah mereka."(Hr Musnad Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda,"Solat yang paling disukai ALLAH dari seorang wanita ialah yang dikerjakan di rumahnya secara bersendirian dan di tempat gelap." (Hr. Ibnu Khuzaimah)

#Namun, wanita juga diperbolehkan untuk pergi ke masjid dengan syarat menutup diri dengan sempurna, tidak memakai wangi-wangian, tidak memakai perhiasan yang berbunyi-bunyi.

#Meskipun wanita dibolehkan pergi ke masjid, Rasulullah s.a.w  memerintahkan agar wanita solat di rumah-rumah mereka.

# Habis tu, perempuan tak boleh dapat pahala masjid la??? 
no. no. no. 

Sesungguhnya ALLAH itu maha ADIL.


Barangsiapa wanita yang mengajak mahram lelakinya ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah dia akan mendapat pahala sama sahaja dengan mahramnya yang solat di masjid dan ditambah satu pahala solatnya. Maka 28 kali ganda pahalanya..
Subhanallahh..Sayangnya Allah pada wanita..

Bahkan Ada hadith menyatakan solatnya wanita di rumah lebih baik daripada solatnya dikerjakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Subhanallahh..

1 amal di Masjidilharam = pahala 100,000 kali ganda
1 amal di masjid Nabawi = pahala 50,000 kali ganda.

Hal ini dapat dibuktikan dalam kisah, Ummu Sa'diyah r.a yang datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata "Ya Rasulullah, saya ingin melakukan solat berjemaah bersama-samamu di masjid. Maka Baginda s.a.w bersabda" Saya mengetahui betapa engkau berkeinginan untuk melakukan solat dibelakangku dengan berjemaah, akan tetapi ketahui apabila engkau melaksanakan solat di bahagian yang paling dalam rumahmu adalah lebih baik daripada mengerjakannya di dalam rumahmu, mengerjakan solat di dalam rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di perkarangan rumahmu, mengerjakan solat di perkarangan rumah mu lebih baik daripada mengerjakannya di masjid tertanggamu, dan mengerjakan di masjid tertanggamu lebih baik daripada datang ke masjidku (Hr Musnad Ahmad)


Bagi anak-anak yang membaca blog ini, sampaikanlahh pada keluarga-keluarga perempuan yang lain. 

Allah begitu teliti dalam memelihara dan memuliakan wanita 

~Jazakallahu Khairan~













Monday, October 8, 2012

Tidak Diciptakan Manusia dan Jin selain untuk Beribadat

Assalamualaikum ya Ummat Nabi Muhammad s.a.w

~TIDAK diciptakan MANUSIA dan JIN selain untuk BERIBADAT~

~KEMBALILAHH WAHAI HAMBA ALLAH~

# Beribadat bukan bermaksud sembahyang sepanjang masa, sebab itu nabi s.a.w diturunkan untuk menunjukkan kepada hamba ALLAH cara-cara lain untuk beribadat.

# Setiap perlakuan, perkataan nabi s.a.w adalah ibadat iaitu dengan mengamalkan sunnah baginda s.a.w.

#Memakai gamis, Penampilan Nabi s.a.w, bersugi, cara masuk tandas, cara makan, cara tidur, cara fikir nabi s.a.w dan lain2 lagi yang dapat meliputi aktiviti seharian kita.

# Dari kita celik mata sehingga tidur semula kita boleh beribadat. 

# Dengan mengamalkan sunnah nabi s.a.w sahaja sudah dikira beribadat.

#No excuses untuk mengatakan tiada masa untuk beribadat.

* Peringatan untuk diri sendiri*

-Jazakallahu Khairan-

Sunday, October 7, 2012

Nabi s.a.w dan perempuan tua yahudi


Rasulullah teladan terbaik

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya."

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW. mendatanginya dengan membawakan 
makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun, Rasulullah SAW. menyuapkan makanan kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.. Rasulullah SAW. melakukan hal ini setiap hari sampai baginda wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW., tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW. yakni Abu Bakar RA. berkunjung ke rumah anaknya, Aisyah RA. yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW. dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Aisyah RA. menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja."

"Apakah itu?" tanya Abu Bakar RA..

"Setiap pagi Rasulullah SAW. selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana," kata Aisyah RA..

Keesokan harinya Abu Bakar RA. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA. mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu?"

Abu Bakar RA. menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku," pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA. tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.."

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA., dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia...."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA. saat itu juga dan sejak hari itu dia menjadi Muslim.


Siapakah suri teladan terbaik selain Rasulullah?

Rasulullah merupakan ciptaan terbaik ALLAH yang dikurniakan kepada umat manusia untuk mendidik mereka tentang erti dan cara kehidupan yang berpaksikan keredhaan ALLAH.

Setiap perintah dan larangan ALLAH disampaikan kepada umat manusia dengan asbab Baginda Rasulullah. Setiap perintah yang memerlukan praktikalnya (ibadah), diajarkan ALLAH kepada umat manusia melalui asbab baginda Rasulullah. Setiap peraturan dan syari'at yang ditetapkan ALLAH disampaikan oleh baginda Rasulullah.

Akhlak bagi menjalani kehidupan dengan sisipan redha ALLAH, diteladani oleh baginda Rasulullah dalam kehidupan seharian baginda. Jika begitulah kesempurnaan yang ALLAH kurniakan kepada baginda Rasulullah sebagai seorang guru dan suri tauladan, patutkah kita sebagai umat baginda mencari selain baginda sebagai ikutan?